Followers

Thursday, June 2, 2016

Aku Yang Kusut 😴😴

Assalamualaikum semua. Lama sungguh kan Hanif menyepi. Apapun , puasa sudah nak dekat. Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Cepat masa berlalu. 

Sejak-sejak Hanif pulang dari Indonesia bulan March hari tu , Hanif rasa Hanif banyak hilang orang yang Hanif rapat. Tapi semua tu benda biasa kan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan sejak dua menjak ni pun Hanif rasa lain sangat. Kadang tu , give up ada. Semangat pun entah hilang ke mana. Dengan serabut masa depan lagi. 

Bukan tak usaha untuk berubah , Hanif dah cuba. Tapi itu lah orang cakap. Tanggungjawab anak sulung ni bukan senang. Apapun kena korbankan masa depan sendiri dulu. Yang penting , kena bahagiakan ibu bapa , tolong mereka. Sometimes , memang Hanif give up. Serius talk Hanif cakap. Mana dengan masalah peribadi lagi. Bertambah kusut. 

Apapun , Hanif harap Hanif dapat jumpa jalan keluar satu hari nanti. Kalau bukan kita , siapa lagi kan yang boleh bantu kita. 

Assalamualaikum..