Followers

Friday, July 8, 2016

Tentang Perasaanku

Awak ,
Sometimes kami cuba untuk faham awak. Tapi mungkin kami gagal untuk memahami awak. 

Awak ,
Setiap hari saya tunggu awak. Bila saya penat tunggu awak , saya cuba untuk start conversation dengan awak. Kadang , kami takut bila kami yang start dulu , awak nak tak nak layan kami.

Awak ,
Kami cuba untuk faham awak. Pelajaran awak. Tapi , bila awak cuti , kami dapat rasakan aawak dah lupakan kami. Bukan kami nak tuduh awak. Tapi awak dah banyak berubah sayang. 

Awak,
Kadangkala kami terpaksa pujuk hati kami bilaa awak tak reply mesej kami. Kadangkala terlintas jugak awak. Untuk kami call awak. Tapi, hati kami cakap yang awak takkan jawab call kami. 

Awak ,
Kami sayangkan awak. Kami dah cuba buat yang terbaik untuk aawak. Mungkin kami gagal. Atau mungkin ada yang lebih baik dari kami. 

Awak ,
Kami faham. Kerana awak berhak mendapat yang lebih baik dari kami. Yang pandai layan awak. Awak , kami sedar. Kami gagal. Gagal untuk memastikan yang kami ni sentiassa ada di hati awak.

Awak ,
Kadang kami cuba think positive. Tapi , kami tak boleh. Bila nampak awak online ws , facebook. Terlintas dalam hati kami bila awak tak pernah reply mesej kami. Mungkin sebab awak busy.

Awak ,
Kami cuba untuk cekalkan hati kami. 

Awak ,
Kami tak minta banyak. Cuma hargai kami. Setia dengan kami. Be honest dengan kami. Itu ja awak yang kami minta. 

Awak , 
Kalau satu hari nanti kami dah tak kuat nak hadap semua ni , mungkin waktu itu kami dah tak mampu nak toleh ke belakang balik. Mungkin kami terpaksa lupakan awak. 

Awak ,
Jujur awak. Hati kami banyak terasa dengan awak. Tapi kami selalu maafkan awak. Kami tak nak awak ada dosa dengan kami. Walaupun awak ada sakitkan hati kami. Kami tetap maafkan awak. 

Awak ,
Kami tak minta banyak dari awak. Andai bukan kami yang bertakhta di hati awak , kami tak kisah untuk awak berterus terang pada kami. Kami akan terima semua tu. Dengan seikhlas hati kami. Mungkin awak bukan jodoh kami. Awak hanyalah pinjaman sementara dari Allah SWT. 

Awak ,
Walaupun kami banyak terasa hati dengan awak. Kami tahu. Itu semua hanya ujian. Mungkin Allah hanya pinjamkan awak sementara untuk kami. 

Awak , 
Apapun kami bersyukur sebab Allah beri juga pada kami untuk rasa bahagia. 

Awak ,
Andai awak bukan jodoh kami , kami harap awak akan dapat yang jauh lebih baik dari kami. Yang mampu beri kemewahan pada awak. 

Awak ,
Kami minta maaf sebab tak ada semua tu. Yang kami ada hanya keikhlasan menyayangi dan mencintai awak. Awaklah perkara terimdah dalam hidup kami. 

Awak ,
Andai benar kita tidak ada jodoh  , kami nak awak tahu yang kami selalu menyayangi awak. Tak pernah ada rasa dendam pada awak. 

Awak ,
Kami ikhlas dengan awak. Andai jodoh tak panjang , kami harap awak dapat jaga diri awak elok-elok. Jangan sia-siakan orang yang sayang dekat awak. Maaf atas segala kekurangan yang ada pada diri kami. 

Awak ,
Kami selalu menyayangi awak. Walaupun kami dah ada beritahu, kami tetap nak ulang cakap yang kami selalu menyayangi awak. 

Awak ,
Terima kasih atas segala yang awak pernah lakukan pada kami. Untuk bahagiakan kami. 

Awak ,
Andai kita terputus hubungan , kami nak awak tahu yang awak sentiasa di hati kami. 

Awak ,
Terima kasih taw atas segala yang awak dah bagi pada kami. 

Yang ikhlas ,
Kekasih hati awak. 

Hanif
0408 am
08072016