Followers

Tuesday, June 21, 2016

Jika Awak Tahu

Awak , awak nak tahu something tak ? 

Awak , saya tak tahu la awak. Kenapa hati kami ni rasa sesuatu. Sesuatu yang sukar untuk diungkap. 

Awak , sepanjang perkenalan kita , i feel happy. Kami rasa bahagia. Rasa tenang walaupun kadang tu nampak awak lelaki , kami perempuan. Iyelah kan. Kami ni lembut sangat. 

Awak ,  kalau awak nak tahu , kami selalu rindukan awak. Kadang tu kami nak sangat call awak. Tapi , takut menganggu awak. Kadang , kami tunggu waktu awak free. Dengan harapan awak akan text kami. 

Awak , sejak awak pergi sana , kami disini setia dengan awak. Tak pernah terfikir untuk cari pengganti awak. 

Tapi awak , kenapa awak berubah ? Awak , kami dapat rasa yang awak berubah. Kami tahu , kami tak sempurna. Harta tak ada. Apatah lagi wang. Kami sedar awak. Tetapi kadang kami dah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Tapi awak. Belum ada rezeki kami lagi. Mungkin awak tak nampak kami dah berusaha menghantar resume. Dah banyak yamg kami hantar. Tapi , majoriti nakkan pengalaman. Awak , awak pun tahu kan. Kami grad tahun lepas. Then terus kerja di yawata. Hanya pengalaman kerja di pasaraya. Jujur kami cakap , rasa putus asa tu tetap ada. Tapi bila kami ingat balik leteran awak , itulah yang buat kami semangat nak cari kerja. 

Awak , kami pernah cakap dekat awak. Yang sebelum ni kami tak nak langsung fikir fasal kapel-kapel ni. Tapi awak dah buka hati kami untuk katakan yang tanggapan kami tu salah. Awak , kami ni jenis susah nak sayang orang , maybe awak pun tahu. 

Tapi awak , saya tahu. Awak berhak mendapat yang lebih baik dari kami. Yang sama tinggi tahap pendidikan dengan awak. Awak nak tahu tak , kami banyak kali terasa putus asa. Tapi sebab kami sayang perhubungan kita , kami cuba untuk pertahankan. 

Walaupun kami banyak makan hati , tapi kami tak kisah . 

Awak , awak nak tahu tak ? Awak adalah perkara paling indah dalam hidup kami. Tapi awak , kalau awak dah betul ada orang yang lebih baik dari kami , lebih berpelajaran dari kami , yang boleh bagi awak segala-galanya , awak jagalah dia elok-elok. 

Awak , kami dah tak nak terlampau berharap. Bukan sekali , tapi dah banyak kali awak. Dah banyak kali hati kami dilukai oleh perempuan. Mungkin disebabkan kami yang tak pandai melayan. Tapi sekurang-kurangnya kami dah cuba. Mungkin takdir kami macam ni. Kami redha awak. 

Awak , terima kasih sebab sudi jadi perkara yang terindah dalam hidup kami. Awak , kami tak pernah berdendam dengan awak. Kami minta maaf kalau petang tadi , kami macam layan tak layan awak. 

Awak , awak nak tahu. Kami selalu mimpikan awak. Entah kenapa kami tak tahu. Adakah sebab kami terlalu memikirkan awak atau sebaliknya. 

Awak , kalau kita tak ada jodoh. Kami anggap ja lah semua nii dah tertulis untuk kami. Mungkin kami tak layak untuk dicintai dan mencintai seseorang. Awak jangan bimbang. Kami tak pernah salahkan awak dalam setiap apa yang berlaku dalam perhubungan kita. 

Awak , saya mencintai awak. Dan kalau suatu hari nanti , awak tidak memihak kepada kami , kami hanya mampu doakan yang terbaik untuk awak. Mendoakan kebahagiaan awak. 

Awak , maaf kalau kami ada salah dengan awak. Maaf sebab kami tak pandai melayan awak. Kami dah cuba yang terbaik. Tapi kami gagal. Maafkan kami. Dan maaf andai kadangkala kami ni terlampau manja , terlampau jiwang dan selalu buat awak rimas. 

Awak , terima kaasih sebab sudi hadir dalam hidup kami, walaupun hanya seketika. 

Luahan hati , 
Mohammad Hanif
21 June 2016
0149 AM

Thursday, June 2, 2016

Aku Yang Kusut 😴😴

Assalamualaikum semua. Lama sungguh kan Hanif menyepi. Apapun , puasa sudah nak dekat. Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Cepat masa berlalu. 

Sejak-sejak Hanif pulang dari Indonesia bulan March hari tu , Hanif rasa Hanif banyak hilang orang yang Hanif rapat. Tapi semua tu benda biasa kan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan sejak dua menjak ni pun Hanif rasa lain sangat. Kadang tu , give up ada. Semangat pun entah hilang ke mana. Dengan serabut masa depan lagi. 

Bukan tak usaha untuk berubah , Hanif dah cuba. Tapi itu lah orang cakap. Tanggungjawab anak sulung ni bukan senang. Apapun kena korbankan masa depan sendiri dulu. Yang penting , kena bahagiakan ibu bapa , tolong mereka. Sometimes , memang Hanif give up. Serius talk Hanif cakap. Mana dengan masalah peribadi lagi. Bertambah kusut. 

Apapun , Hanif harap Hanif dapat jumpa jalan keluar satu hari nanti. Kalau bukan kita , siapa lagi kan yang boleh bantu kita. 

Assalamualaikum..