Followers

Saturday, March 8, 2014

Mimpi Misteri

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Alhamdulillah , kita masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini ..

Untuk kali ini , Hanif nak kongsi apa yang Hanif mimpi semalam .. Sebenarnya , Hanif pun terkejut jugak dengan mimpi semalam .. Rasa macam seolah-oleh bukan mimpi .. Realiti .. 

Pada awalnya , Hanif mimpi seseorang .. Dalam pukul 1:30 pagi Hanif terjaga .. Mungkin Hanif terlalu khuatirkan seseorang.. Sebab itu lah Hanif termimpikan dia .. Dan apa yang Hanif harap , tiada apa yang akan berlaku di dunia realiti ni sama seperti apa yang Hanif mimpikan semalam .. 

Selepas terjaga , Hanif tak boleh nak tidur la seban khuatirkan dia .. Btw , hampir pukul 2 lebih baru Hanif dapat lelapkan mata Hanif .. Seingat Hanif , apa yang Hanif mimpi kali kedua tu , ia berkaitan Hanif dengan seseorang ni .. Dalam mimpi itu , Hanif dan kawan bersama famili dia pergi berubat .. Lokasi Hanif tak ingat .. 

Pada awalnya , Hanif cuma nak pergi teman sahaja .. Dan kalau tak salah , dalam mimpi Hanif tu kami pergi mencari rumah ustaz wan apa entah ,. Hanif cuma ingat nama pendek sahaja .. Tak apalah .. Dan dalam mimpi tu , rumahnya antara tengah-tengah antara 5 buah rumah .. 

Nak dijadikan cerita , setibanya di situ .. Ustaz tu datang dekat Hanif dan mengatakan yang benda yang ikut Hanif selama ini , dia bukan setakat ikut Hanif saja .. Dia nak masuk dalam tubuh badan Hanif .. Hanif pun apa lagi , terkejut bila ustaz tu cakap macam tu .. Sebab Hanif dah pergi berubat dah.. Apabila Hanif dengar ustaz cakap macam tu,terus Hanif panik.. Seban benda tu nak menumpang dalam badan Hanif..

Bila Hanif panik , Hanif cepat-cepat suruh ustaz berubat.. Sebab Hanif memang tak nak benda tu ... Hanif pun tak pasti sama ada keturunan atau sebaliknya.. Dan apa yang Hanif mampu lakukan sekarang ni , hanya serahkan semua pada Allah S.W.T sahaja.. Segala ketentuanNya , Hanif redha.. Hanif pun takkan salahkan takdir sebab apa yang Allah aturkan pada kita , ada hikmahnya.. Dan mungkin ini hanya sebagai ujian pada Hanif .. Wallahualam .. 

Hanif rasa , setakat ini sahaja perkongsian yang dapat Hanif kongsi.. In shaa allah ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi .. In shaa allah .. 

Assalamualaikum w.b.t