Followers

Friday, June 27, 2014

Mimpi Buruk 26.06.2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Dengan limpah izin dan kurniaNya kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Untuk kali ni , Hanif ada cerita sikit mengenai mimpi.

Lebih kurang jam 2 pagi , Hanif baru dapat melelapkan mata. Dan ketika bermimpi , mungkin dalam 40 minit selepas Hanif tidur, family Hanif dikejutkan dengan tangisan dari Hanif. Hanif pun tak tahu sejauh mana kuat Hanif menangis. Kalau tak salah Hanif , Hanif bermimpikan sesuatu yang telah lama Hanif tidak mimpi. Dalam mimpi tersebut , ada seseorang telah menghantar saka beliau kepada Hanif. Nak cerita pun , tak berapa nak jelas.

Apa yang pasti , dalam mimpi tersebut ada sesuatu yang masuk ke dalam badan Hanif. Berdasarkan anasir anasir sebelum ini yang menyatakan ada seseorang akan menjatuhkan Hanif , tetapi Hanif tidak mengetahui siapa. Dan anasir kedua menyatakan yang benda tu dah lama mengikut Hanif. hmm.. Sepatutnya , pada hari ulangtahun Hanif nak merasai kebahagiaan.. kegembiraan..tetapi Hanif mengalami mimpi tersebut. Mungkin ada hikmah sebalik semua ini.

Sebenarnya,sebelum Hanif tidur. Hanif rasa down sangat. Dan selepas mengalami mimpi tersebut,fikiran Hanif jadi semakin down dan tak bersemangat. Apa yang Hanif harapkan ialah semoga semua ini tak berpanjangan kerana Hanif ingin Berjaya dalam kehidupan dan pelajaran Hanif. Hanif terlalu berharap sangat yang pointer untuk sem ini akan lebih cemerlang dari sebelum-sebelum ini. in shaa allah.

Semoga semua ini tak berlarutan berpanjangan.

Wednesday, June 4, 2014

Reception and Outdoor Session Zana & Aswad

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua. Syukur alhamdulillah , dengan limpah izin dan kurnianNya kita dapat lagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini. 

Untuk kali ini , Hanif akan kongsi la pengalaman pertama Hanif buat job sendiri dan dibantu oleh sahabat satu kelas Hanif , Hafis. Walaupun kami masih lagi baru , alhamdulillah semua berjalan dengan lancar bermula dari akad nikah sehinggalah majlis outdoor. Alhamdulillah.

Reception Zana <3 Aswad 
30 Mei 2014

Outdoor Session 


Setakat ini sahaja untuk kali ini. Sekiranya anda mempunyai komen atau cadangan , bolehlah tinggalkan pesan di bawah.. :D

Assalamualaikum w.b.t