Followers

Monday, May 5, 2014

My future ???

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Alhamdulillah , dengan izin dan limpah kurniaNya Hanif masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini..

Hanif rasa , dah lama Hanif tak update hanif punya blog .. Busy sana sini mengalahkan datuk jaa.. Hahaha..  Kesian dekat blog ni.. Dah berhabuk .. Maaf ye blog.. Baru pagi ni Hanif dapat update..

My future ??? Macam menarik ja kan tajuk post untuk kali ini .. Sebenarnya masa atas moto nak balik rumah , terfikir about my future .. Who will be my wife ??? Adakah si dia ??? and how my lifestyle after married ?? Sebenarnya banyak yang Hanif fikirkan.. Hanif pun cuma manusia biasa .. Impikan sesuatu merupakan lumrah manusia dan Hanif tak terlepas dari fitrah tu..

Semua orang impikan untuk berkahwin , mempunyai rumah sendiri , kereta dan sebagainya.. Tapi , bagi diri Hanif , Hanif cukup bersyukur dengan apa yang Hanif ada sekarang.. Dan Hanif perlu lebih berusaha untuk dapatkan apa yang Hanif impikan .. Semasa Hanif mula bekerja pada tahun 2009 , banyak yang Hanif dah mula fikir .. Dan apa yang membanggakan Hanif , keinginan Hanif semua menggunakan duit Hanif sendiri.. Di sini , Hanif sudah mula berdikari untuk membeli apa yang Hanif impikan .. Alhamdulillah , benda yang hanif nampak ialah laptop , kamera dslr , telefon dan tablet..

Tapi , untuk masa depan Hanif , Hanif impikan banglo , Kereta vw golf , lancer , vios , honda city.. Tak kurang jugak superbike aprillia yang zizan naik dalam filem bikers kental.. Hanif memang impikan moto tu.. Tapi , kalau boleh biarlah Hanif dapat beli rumah , kereta .. Dan bila dah kukuh baru fikir untuk beli superbike ..

Walaupun sekarang ni , Hanif dalam taraf sederhana , Hanif tetap bersyukur walaupun Hanif bukanlah mempunyai keluarga yang berada .. Bila kita hidup bersederhana , sekurang-kurangnya ia banyak mengajar Hanif untuk berdikari.. Apa yang diimpikan menggunakan duit hasil titik peluh kerja Hanif.

Kereta yang Hanif nak sangat ialah Subaru impreza with strike .. Tapi , in shaa allah kalau rezeki Hanif ada mungkin Hanif mampu miliki kereta tu.. Dan buat masa sekarang ni , biarlah beli kereta semampu yang Hanif mampu dan setaraf dengan gaji.. Orang cakap , tak perlu sehingga memaksa kita mengikat perut demi kepuasan kita.. Hanif taknak one day nanti , isteri Hanif terpaksa ikat perut hanya kerana Hanif..

Apapun , walaupun Hanif dalam keadaan sederhana , Hanif tak malu dengan apa yang Hanif ada sekarang .. Biarlah kita selekeh di mata orang janji kita bersyukur dengan kurniaanNya.. Alhamdulillah.. Hanif tak kisah sekiranya diejek.. Sebaliknya , Hanif akan memasang azam yang in shaa allah one day nanti Hanif akan lebih berjaya dari mereka . dan di saat itu , orang yang mengejek Hanif datang kepada Hanif , Hanif takkan marahkan dia .. Cuma berpesan , tak perlu memperlekeh orang lain .. Tak kisah kaya atau miskin , layanlah mereka sama rata .. Tak perlu pilih memilih...

Hanif rasa , setakat ini sahaja dulu untuk kali ini .. In shaa allah kalau dipanjangkan umur , kita akan bertemu lagi.. Dan seandainya umur Hanif tak panjang , doakanlah kebahagiaan Hanif di sana ... Aminn..

Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment