Followers

Friday, February 7, 2014

About My Sister

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.. Alhamdulillah,kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara segar di bumi yang bertuah ini.. Sejak akhir-akhir ini,cuaca sejuk berlaku pada waktu pagi dan malam.. Alhamdulillah.. Kurniaan Allah swt.. Untuk post kali ini,Hanif nak bercerita sedikit mengenai kakak angkat yang Hanif ada..

Alhamdulillah.. Hanif beruntung sangat sebab dapat berjumpa dengan dua insan ini.. Mereka selalu memberi semangat dan keyakinan dekat Hanif setiap kali Hanif bercerita mengenai masalah Hanif.. Al-maklumlah,Hanif anak sulung.. Dan apabila Hanif lihat orang lain yang mempunyai kakak,kekadang rasa cemburu dengan mereka.. Tapi bukan rezeki Hanif nak ada kakak kandung.. Hanif cuma mampu mengemis kasih kakak orang sahaja.. 

Mengenai seorang kakak yang pertama Hanif jumpa,dah tentulah Hanif jumpa di Pasaraya Yawata (Jitra) Sdn Bhd.. Sebenarnya,kakak Hanif ni bekas studentPolimas juga.. Hanif sebenarnya dah lama kerja di situ.. Cuma Hanif kejap kerja kejap berhenti kerana Hanif kerja masa cuti semester sahaja.. Nak dijadikan cerita,semasa Hanif naik ke pejabat,kakak ni lah yang mula tegur Hanif dulu.. And dia cakap dia pun study dekat Polimas.. Tapi already finish.. Tak apa lah.. Hanif pun sembang-sembang biasa.. Tapi,entah kenapa tiba-tiba Hanif rasa macam senang jaa bila Hanif dengan dia.. Alhamdulillah.. Hubungan kakak adik Hanif dengan dia berkekalan sehingga kini.. Seriusly,setiap kali Hanif pergi Yawata , Hanif mesti akan cari dia dulu.. Kalau dia sibuk,memang Hanif tak sempat nak jumpa dengan dia.. Dan pada hari yang dia konvo haritu,Hanif sempat pergi dekat dia.. Alhamdulillah.. Kak aku dah konvo.. Aku ?? In shaa allah harap tahun depan dah boleh konvo.. 

Mengenai kakak yang second pulak,Hanif selalu kongsi masalah dengan dia.. Sebab Hanif jarang dapat berjumpa dengan dia.. Hanya wassap dan facebook sebagai penghubung kami dua.. Kakak yang kedua ni pun Hanif jumpa dekat Yawata juga..

Hanif memang sayang dekat dua orang kakak yang Hanif ada sekarang ni .. Terima kasih Ya Allah sebab Engkau menemukan aku dengan dua insan ini.. 

In shaa allah,jika ada kesempatan Hanif akan kongsi lagi perkara-perkara yang boleh dikongsi.. In shaa allah.. Sehingga bertemu lagi..

Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment