Followers

Friday, June 27, 2014

Mimpi Buruk 26.06.2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Syukur Alhamdulillah. Dengan limpah izin dan kurniaNya kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Untuk kali ni , Hanif ada cerita sikit mengenai mimpi.

Lebih kurang jam 2 pagi , Hanif baru dapat melelapkan mata. Dan ketika bermimpi , mungkin dalam 40 minit selepas Hanif tidur, family Hanif dikejutkan dengan tangisan dari Hanif. Hanif pun tak tahu sejauh mana kuat Hanif menangis. Kalau tak salah Hanif , Hanif bermimpikan sesuatu yang telah lama Hanif tidak mimpi. Dalam mimpi tersebut , ada seseorang telah menghantar saka beliau kepada Hanif. Nak cerita pun , tak berapa nak jelas.

Apa yang pasti , dalam mimpi tersebut ada sesuatu yang masuk ke dalam badan Hanif. Berdasarkan anasir anasir sebelum ini yang menyatakan ada seseorang akan menjatuhkan Hanif , tetapi Hanif tidak mengetahui siapa. Dan anasir kedua menyatakan yang benda tu dah lama mengikut Hanif. hmm.. Sepatutnya , pada hari ulangtahun Hanif nak merasai kebahagiaan.. kegembiraan..tetapi Hanif mengalami mimpi tersebut. Mungkin ada hikmah sebalik semua ini.

Sebenarnya,sebelum Hanif tidur. Hanif rasa down sangat. Dan selepas mengalami mimpi tersebut,fikiran Hanif jadi semakin down dan tak bersemangat. Apa yang Hanif harapkan ialah semoga semua ini tak berpanjangan kerana Hanif ingin Berjaya dalam kehidupan dan pelajaran Hanif. Hanif terlalu berharap sangat yang pointer untuk sem ini akan lebih cemerlang dari sebelum-sebelum ini. in shaa allah.

Semoga semua ini tak berlarutan berpanjangan.

Wednesday, June 4, 2014

Reception and Outdoor Session Zana & Aswad

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua. Syukur alhamdulillah , dengan limpah izin dan kurnianNya kita dapat lagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini. 

Untuk kali ini , Hanif akan kongsi la pengalaman pertama Hanif buat job sendiri dan dibantu oleh sahabat satu kelas Hanif , Hafis. Walaupun kami masih lagi baru , alhamdulillah semua berjalan dengan lancar bermula dari akad nikah sehinggalah majlis outdoor. Alhamdulillah.

Reception Zana <3 Aswad 
30 Mei 2014

Outdoor Session 


Setakat ini sahaja untuk kali ini. Sekiranya anda mempunyai komen atau cadangan , bolehlah tinggalkan pesan di bawah.. :D

Assalamualaikum w.b.t

Monday, May 5, 2014

My future ???

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Alhamdulillah , dengan izin dan limpah kurniaNya Hanif masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini..

Hanif rasa , dah lama Hanif tak update hanif punya blog .. Busy sana sini mengalahkan datuk jaa.. Hahaha..  Kesian dekat blog ni.. Dah berhabuk .. Maaf ye blog.. Baru pagi ni Hanif dapat update..

My future ??? Macam menarik ja kan tajuk post untuk kali ini .. Sebenarnya masa atas moto nak balik rumah , terfikir about my future .. Who will be my wife ??? Adakah si dia ??? and how my lifestyle after married ?? Sebenarnya banyak yang Hanif fikirkan.. Hanif pun cuma manusia biasa .. Impikan sesuatu merupakan lumrah manusia dan Hanif tak terlepas dari fitrah tu..

Semua orang impikan untuk berkahwin , mempunyai rumah sendiri , kereta dan sebagainya.. Tapi , bagi diri Hanif , Hanif cukup bersyukur dengan apa yang Hanif ada sekarang.. Dan Hanif perlu lebih berusaha untuk dapatkan apa yang Hanif impikan .. Semasa Hanif mula bekerja pada tahun 2009 , banyak yang Hanif dah mula fikir .. Dan apa yang membanggakan Hanif , keinginan Hanif semua menggunakan duit Hanif sendiri.. Di sini , Hanif sudah mula berdikari untuk membeli apa yang Hanif impikan .. Alhamdulillah , benda yang hanif nampak ialah laptop , kamera dslr , telefon dan tablet..

Tapi , untuk masa depan Hanif , Hanif impikan banglo , Kereta vw golf , lancer , vios , honda city.. Tak kurang jugak superbike aprillia yang zizan naik dalam filem bikers kental.. Hanif memang impikan moto tu.. Tapi , kalau boleh biarlah Hanif dapat beli rumah , kereta .. Dan bila dah kukuh baru fikir untuk beli superbike ..

Walaupun sekarang ni , Hanif dalam taraf sederhana , Hanif tetap bersyukur walaupun Hanif bukanlah mempunyai keluarga yang berada .. Bila kita hidup bersederhana , sekurang-kurangnya ia banyak mengajar Hanif untuk berdikari.. Apa yang diimpikan menggunakan duit hasil titik peluh kerja Hanif.

Kereta yang Hanif nak sangat ialah Subaru impreza with strike .. Tapi , in shaa allah kalau rezeki Hanif ada mungkin Hanif mampu miliki kereta tu.. Dan buat masa sekarang ni , biarlah beli kereta semampu yang Hanif mampu dan setaraf dengan gaji.. Orang cakap , tak perlu sehingga memaksa kita mengikat perut demi kepuasan kita.. Hanif taknak one day nanti , isteri Hanif terpaksa ikat perut hanya kerana Hanif..

Apapun , walaupun Hanif dalam keadaan sederhana , Hanif tak malu dengan apa yang Hanif ada sekarang .. Biarlah kita selekeh di mata orang janji kita bersyukur dengan kurniaanNya.. Alhamdulillah.. Hanif tak kisah sekiranya diejek.. Sebaliknya , Hanif akan memasang azam yang in shaa allah one day nanti Hanif akan lebih berjaya dari mereka . dan di saat itu , orang yang mengejek Hanif datang kepada Hanif , Hanif takkan marahkan dia .. Cuma berpesan , tak perlu memperlekeh orang lain .. Tak kisah kaya atau miskin , layanlah mereka sama rata .. Tak perlu pilih memilih...

Hanif rasa , setakat ini sahaja dulu untuk kali ini .. In shaa allah kalau dipanjangkan umur , kita akan bertemu lagi.. Dan seandainya umur Hanif tak panjang , doakanlah kebahagiaan Hanif di sana ... Aminn..

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, March 8, 2014

Mimpi Misteri

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Alhamdulillah , kita masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini ..

Untuk kali ini , Hanif nak kongsi apa yang Hanif mimpi semalam .. Sebenarnya , Hanif pun terkejut jugak dengan mimpi semalam .. Rasa macam seolah-oleh bukan mimpi .. Realiti .. 

Pada awalnya , Hanif mimpi seseorang .. Dalam pukul 1:30 pagi Hanif terjaga .. Mungkin Hanif terlalu khuatirkan seseorang.. Sebab itu lah Hanif termimpikan dia .. Dan apa yang Hanif harap , tiada apa yang akan berlaku di dunia realiti ni sama seperti apa yang Hanif mimpikan semalam .. 

Selepas terjaga , Hanif tak boleh nak tidur la seban khuatirkan dia .. Btw , hampir pukul 2 lebih baru Hanif dapat lelapkan mata Hanif .. Seingat Hanif , apa yang Hanif mimpi kali kedua tu , ia berkaitan Hanif dengan seseorang ni .. Dalam mimpi itu , Hanif dan kawan bersama famili dia pergi berubat .. Lokasi Hanif tak ingat .. 

Pada awalnya , Hanif cuma nak pergi teman sahaja .. Dan kalau tak salah , dalam mimpi Hanif tu kami pergi mencari rumah ustaz wan apa entah ,. Hanif cuma ingat nama pendek sahaja .. Tak apalah .. Dan dalam mimpi tu , rumahnya antara tengah-tengah antara 5 buah rumah .. 

Nak dijadikan cerita , setibanya di situ .. Ustaz tu datang dekat Hanif dan mengatakan yang benda yang ikut Hanif selama ini , dia bukan setakat ikut Hanif saja .. Dia nak masuk dalam tubuh badan Hanif .. Hanif pun apa lagi , terkejut bila ustaz tu cakap macam tu .. Sebab Hanif dah pergi berubat dah.. Apabila Hanif dengar ustaz cakap macam tu,terus Hanif panik.. Seban benda tu nak menumpang dalam badan Hanif..

Bila Hanif panik , Hanif cepat-cepat suruh ustaz berubat.. Sebab Hanif memang tak nak benda tu ... Hanif pun tak pasti sama ada keturunan atau sebaliknya.. Dan apa yang Hanif mampu lakukan sekarang ni , hanya serahkan semua pada Allah S.W.T sahaja.. Segala ketentuanNya , Hanif redha.. Hanif pun takkan salahkan takdir sebab apa yang Allah aturkan pada kita , ada hikmahnya.. Dan mungkin ini hanya sebagai ujian pada Hanif .. Wallahualam .. 

Hanif rasa , setakat ini sahaja perkongsian yang dapat Hanif kongsi.. In shaa allah ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi .. In shaa allah .. 

Assalamualaikum w.b.t 

Monday, February 24, 2014

Hari Yang Membosankan :)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah,kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan terus menghirud udara yang segar ini. Alhamdulillah. Untuk kali ini,Hanif nak kongsi beberapa gambar hasil tangan adik Hanif. Katanya,dia tak nak ambil gambar sebab dia botak. Haha.

ini dia , adik Hanif. Botak. Hihihihi..

i just want be my self

Mohammad Hanif Bin Sobaruddin | 92 borner's

Alhamdulillah , walaupun pergi sampai Teluk Malik tanpa membawa phone , dan wallet Hanif selamat pulang ke kampung .. :)

Akhir kalam, sampai di sini sahaja untuk kali ini. In shaa allah sekiranya masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan update , in shaa allah Hanif akan update..

Assalamualaikum w.b.t

Friday, February 7, 2014

About My Sister

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.. Alhamdulillah,kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara segar di bumi yang bertuah ini.. Sejak akhir-akhir ini,cuaca sejuk berlaku pada waktu pagi dan malam.. Alhamdulillah.. Kurniaan Allah swt.. Untuk post kali ini,Hanif nak bercerita sedikit mengenai kakak angkat yang Hanif ada..

Alhamdulillah.. Hanif beruntung sangat sebab dapat berjumpa dengan dua insan ini.. Mereka selalu memberi semangat dan keyakinan dekat Hanif setiap kali Hanif bercerita mengenai masalah Hanif.. Al-maklumlah,Hanif anak sulung.. Dan apabila Hanif lihat orang lain yang mempunyai kakak,kekadang rasa cemburu dengan mereka.. Tapi bukan rezeki Hanif nak ada kakak kandung.. Hanif cuma mampu mengemis kasih kakak orang sahaja.. 

Mengenai seorang kakak yang pertama Hanif jumpa,dah tentulah Hanif jumpa di Pasaraya Yawata (Jitra) Sdn Bhd.. Sebenarnya,kakak Hanif ni bekas studentPolimas juga.. Hanif sebenarnya dah lama kerja di situ.. Cuma Hanif kejap kerja kejap berhenti kerana Hanif kerja masa cuti semester sahaja.. Nak dijadikan cerita,semasa Hanif naik ke pejabat,kakak ni lah yang mula tegur Hanif dulu.. And dia cakap dia pun study dekat Polimas.. Tapi already finish.. Tak apa lah.. Hanif pun sembang-sembang biasa.. Tapi,entah kenapa tiba-tiba Hanif rasa macam senang jaa bila Hanif dengan dia.. Alhamdulillah.. Hubungan kakak adik Hanif dengan dia berkekalan sehingga kini.. Seriusly,setiap kali Hanif pergi Yawata , Hanif mesti akan cari dia dulu.. Kalau dia sibuk,memang Hanif tak sempat nak jumpa dengan dia.. Dan pada hari yang dia konvo haritu,Hanif sempat pergi dekat dia.. Alhamdulillah.. Kak aku dah konvo.. Aku ?? In shaa allah harap tahun depan dah boleh konvo.. 

Mengenai kakak yang second pulak,Hanif selalu kongsi masalah dengan dia.. Sebab Hanif jarang dapat berjumpa dengan dia.. Hanya wassap dan facebook sebagai penghubung kami dua.. Kakak yang kedua ni pun Hanif jumpa dekat Yawata juga..

Hanif memang sayang dekat dua orang kakak yang Hanif ada sekarang ni .. Terima kasih Ya Allah sebab Engkau menemukan aku dengan dua insan ini.. 

In shaa allah,jika ada kesempatan Hanif akan kongsi lagi perkara-perkara yang boleh dikongsi.. In shaa allah.. Sehingga bertemu lagi..

Assalamualaikum w.b.t

Sunday, January 12, 2014

Outing With Them .. Practical Member's

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera .. Alhamdulillah , masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di muka bumi ini ... Alhamdulillah .. Untuk kali ini , Hanif nak kongsi la sedikit sebanyak cerita hari Sabtu yang lepas. Dan cerita dia berbentuk gambar jaa... :D

with Syahril :D

abe kito

Syahril

with them.. tapi cuma fokus Hanif saja .. kuikuikui

it's me .. Mohammad Hanif n now already 22 years old.. OMG .. macam tak percaya jaa..

dengan member praktikal 


In shaa allah , kalau ada kesempatan nak hadiri kursus photography pula lepas ni .. banyak lagi yang Hanif nak kena belajar .. Learn n learn .. In shaa allah ..



Friday, January 3, 2014

Buang Cerita Pahit , Mulakan Kehidupan Yang Baru

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia....

Tetiba malam ni terasa nak update .. Btw , seperti yang kita semua tahu , 2013 telahpun melabuhkan tirainya .. Dan 2014 baru sahaja 3 hari menjelma .. Alhamdulillah ... 

Sepanjang 2013 , cukup lah setahun lebih Hanif single .. Dan cukuplah setahun lebih lupakan ex.. Bukan mudah nak lupakan ex , tapi dah tiada jodoh .. Buat apa kita nak paksa-paksa someone tu untuk terus terima kita kan .. Pada Hanif , mungkin ada hikmah semua tu .. Lagipun , mungkin malu kod dengan Hanif ... 

Tapi Hanif macam mana pun tak apa .. Sebab mungkin bagi sesetengah orang , mereka lebih utamakan rupa dari hati .. Kita tak mampu nak baca hati seseorang .. Mungkin mereka malu sebab ada bf macam Hanif ni .. Tapi nak buat macam mana kan .. Apalah sangat kita ni .. 

Apapun , semua tu Hanif dah buang .. Buang jauh-jauh dari fikiran Hanif .. Apa yang Hanif harap sekarang , satu hari nanti akan ada yang sudi terima Hanif seadanya .. In shaa allah ... 
Orang cakap , apa yang lepas , biar lah lepas ... Tak perlu dikenang lagi dah .. Just move on ... 

Sampai disini sahaja nukilan untuk malam ini .. In shaa allah , kalau ada umur panjang kita bertemu lagi .. In shaa allah ... 

Assalamualaikum w.b.t

Reception Syafri + Arifah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Alhamdulillah , syukur ke hadrat ILLAHI kerana izin dan limpah kurniaNya , kita masih lagi diberi kesempatan meneruskan kehidupan di muka bumi yang sementara ini .. Alhamdulillah ..

Untuk kali ini , Hanif nak kongsi pengalaman kedua mengikut kawan Hanif , iaitu saudara Abbas buat job di Cinta Sayang Resort .. First time buat wedding , rasa macam gementar sedikit lah sebab sebelum ni cuma ikut member shoot akad nikah saja.. Tapi kali ini follow wedding pulak .. Alhamdulillah .. Hanif dapat pengalaman apabila job wedding .. Dan apa pun Hanif bersyukur sangat sebab ada kawan yang sanggup mengajak Hanif follow dia .. Alhamdulillah ..

Syafri + Arifah 
Cinta Sayang Resort , Sungai Petani , Kedah

Dah habis outdoor , mencuba lighting pulak.. hakhakhak..
Untung member aku sempat ambil gambar dengan Abg Zed ..
Abg Zed bersama pengantin ..

In shaa allah , kalau ada umur yang panjang , kita bertemu lagi .. Assalamualaikum w.b.t ...