Followers

Monday, December 30, 2013

Penang Punya Cerita

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia pada semua pembaca sekalian .. Alhamdulillah , kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini sebagai hambaNya .. Alhamdulillah ...

Sebenarnya , selesai kenduri tahlil arwah tok sepupu Hanif ajak Hanif follow dia pergi ke Penang untuk hantar isterinya .. Dan katanya lagi , selepas pergi hantar , singgah sekejap dekat pelabuhan feri .. Hanif pun on ja lah .. Hahahaha.. Orang nak bawa pergi ..

Lebih kurang jam 00:15 , barulah kami bertolak ke Penang ... Hanif macam biasa la.. Bila time macam ni , mesti tidur dulu dalam kereta .. Tersedar dekat Gurun , ada sebuah lori terbakar .. Hanif ingatkan kemalangan .. Rupanya lori yan terbakar .. Mungkin faktor tayar pecah , dan pemandu lori berkenaan meneruskan juga perjalanan tanpa memikirkan kesannya ..

Bila sampai dekat Penang , baru Hanif tahu yang kerja-kerja mengukur jalan dilakukan pada awal pagi buta .. Antara faktor berlakunya sedemikian mungkin pada waktu siang hari berlaku kesesakkan.. Penang kan kecil je.. Dan penduduk ramai .. Sambil-sambil tu sempat juga lah tengok jambatan kedua Penang tu .. Mak datuk .. Panjang jugak rupanya jambatan tu ... Tapi bila rasmi nak dibuka pun tak tahu lah ...

Setibanya di pelabuhan , Hanif pun mula la setting .. Tapi gambar tak berapa nak AWESOME lah sebab guna satu speedlite ja.. Hmmm ... Tapi , orang cakap bersyukur dengan apa yang kita ada .. Alhamdulillah ...






Semua gambar yang upload ni just gambar mentah ... Tak sempat nak edit lagi .. Dan hari ni , datang ke wisma lewat .. Sampai rumah dah jam 05:20 dah .. Plan asal cuma nak tidur sekejap jaa.. Bila dah dapat bantal , tidur lena .. Awalnya Hanif dah bangun masa jam 06:00 pagi tu ... Tapi bila dah mengantuk sangat , nak tidur balik sekejap .. Sedar-sedar , jam dah pun pukul 07:15 .. Celapak masuk dalam bilik air mandi sebab dah lewat dah .. Sampai wisma tadi pun dah jam 08:10 .. hmm .. Satu hari dah lewat ... Apa nak buat , dah nasib badan ... 

Dan satu lagi , blog mhanifphotography.blogspot.com sudah pun secara rasmi ditutup dan digabungkan ke dalam blog ini .. 

Untuk kali ini , Hnaif rasa sampai disini saja dulu .. In shaa allah bila ada kelapangan waktu , Hanif akan terus berkongsi tak kira lah fasal Hanif ataupun mengenai photography .. in shaa allah ... Semoga bertemu lagi .. 

Assalamualaikum w.b.t ...