Followers

Tuesday, December 31, 2013

First Time Follow Member Job

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia .. Pertama sekali , syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini .. Alhamdulillah .. Untuk kali ini , Hanif nak kongsi sedikit pengalaman Hanif yang buat pertama kalinya mengikut kawan SHOOT AKAD NIKAH ..

Alhamdulillah ... Pagi 05.10.2013 , Hanif dapat SMS dari kawan Hanif , iaitu Heri mengajak untuk follow dia pergi shoot .. Memandangkan Hanif tak ada kerja time tu , so Hanif pun follow lah dia petang tu ... :D

p;s : gambar ni tak berapa nak elok sebab tak tahu nak edit macam mana .. hmmm

Btw , Hanif rasa itulah pengalaman pertama follow member shoot .. Alhamdulillah , berkat tunjuk ajar member , Hanif dapat adaptasi situasi tersebut .. in shaa allah .. Apa pun , Hanif berterima kasih kepada member Hanif yang sudi ajak follow dia.

Assalamualaikum w.b.t

Monday, December 30, 2013

Penang Punya Cerita

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia pada semua pembaca sekalian .. Alhamdulillah , kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini sebagai hambaNya .. Alhamdulillah ...

Sebenarnya , selesai kenduri tahlil arwah tok sepupu Hanif ajak Hanif follow dia pergi ke Penang untuk hantar isterinya .. Dan katanya lagi , selepas pergi hantar , singgah sekejap dekat pelabuhan feri .. Hanif pun on ja lah .. Hahahaha.. Orang nak bawa pergi ..

Lebih kurang jam 00:15 , barulah kami bertolak ke Penang ... Hanif macam biasa la.. Bila time macam ni , mesti tidur dulu dalam kereta .. Tersedar dekat Gurun , ada sebuah lori terbakar .. Hanif ingatkan kemalangan .. Rupanya lori yan terbakar .. Mungkin faktor tayar pecah , dan pemandu lori berkenaan meneruskan juga perjalanan tanpa memikirkan kesannya ..

Bila sampai dekat Penang , baru Hanif tahu yang kerja-kerja mengukur jalan dilakukan pada awal pagi buta .. Antara faktor berlakunya sedemikian mungkin pada waktu siang hari berlaku kesesakkan.. Penang kan kecil je.. Dan penduduk ramai .. Sambil-sambil tu sempat juga lah tengok jambatan kedua Penang tu .. Mak datuk .. Panjang jugak rupanya jambatan tu ... Tapi bila rasmi nak dibuka pun tak tahu lah ...

Setibanya di pelabuhan , Hanif pun mula la setting .. Tapi gambar tak berapa nak AWESOME lah sebab guna satu speedlite ja.. Hmmm ... Tapi , orang cakap bersyukur dengan apa yang kita ada .. Alhamdulillah ...






Semua gambar yang upload ni just gambar mentah ... Tak sempat nak edit lagi .. Dan hari ni , datang ke wisma lewat .. Sampai rumah dah jam 05:20 dah .. Plan asal cuma nak tidur sekejap jaa.. Bila dah dapat bantal , tidur lena .. Awalnya Hanif dah bangun masa jam 06:00 pagi tu ... Tapi bila dah mengantuk sangat , nak tidur balik sekejap .. Sedar-sedar , jam dah pun pukul 07:15 .. Celapak masuk dalam bilik air mandi sebab dah lewat dah .. Sampai wisma tadi pun dah jam 08:10 .. hmm .. Satu hari dah lewat ... Apa nak buat , dah nasib badan ... 

Dan satu lagi , blog mhanifphotography.blogspot.com sudah pun secara rasmi ditutup dan digabungkan ke dalam blog ini .. 

Untuk kali ini , Hnaif rasa sampai disini saja dulu .. In shaa allah bila ada kelapangan waktu , Hanif akan terus berkongsi tak kira lah fasal Hanif ataupun mengenai photography .. in shaa allah ... Semoga bertemu lagi .. 

Assalamualaikum w.b.t ...


Sunday, December 29, 2013

When I was Young

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua . Alhamdulillah .. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi ini sebagai hambaNya ...

Kali ini , saja Hanif mencuba black and white pula .. entah pelik entah tidak.. tengok je la.. hahaha ..


p/s : new website .. :D



Wednesday, December 11, 2013

Ada apa dengan C.I.N.T.A ???

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia.. acewah.. ayat ... haha.. malam ni terdetik nak post fasal C.I.N.T.A .. tak tahu kenapa tiba-tiba saja nak post tentang cinta ni .. biasalahkan.. lumrah manusia .. kalau tak bercinta , macam pelik jaa kan ... hahaha..

Apapun , abaikan apa yang Hanif merepek tu .. sebenarnya , Hanif terfikir.. Kekadang , kenapa kita lebih suka memendamkan rasa suka terhadap seseorang ??? perlu ke kita buat sedemikian ?? sebenarnya Hanif pun lebih kurang macam tu jugak .. bila suka dekat someone , susah nak beritahu yang kita ni suka dekat dia ..

Nak tahu kenapa ?? Sebab Hanif selalu berfikir , " Mahu ke dia dengan aku ni ?? Dahla aku ni tak handsome ... kereta pun tiada ... ada hati pulak nak bercouple ??? " .. yaa.. itulah sering ada dalam fikiran aku.. Aku tak mampu nak buang perasaan ini .. tetapi , apakan daya ... Mungkin belum tiba masanya lagi .. tapi in shaa allah , bila tiba waktu yang sesuai , mungkin Hanif akan memberanikan untuk meluahkan perasaan CINTA pada insan yang Hanif suka.. in shaa allah ..

Apapun , doakanlah semoga Hanif bakal mendapat bakal calon isteri yang solehah .. baik akhlaknya dan yang penting , MENCINTAI HANIF SEADANYA .. amin..

Untuk malam ni , sampai di sini sahaja nukilan Hanif ,... in shaa allah bila free , Hanif akan selalu update perkembangan semasa di sini..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ....