Followers

Sunday, November 20, 2011

STPM 2011 DAH HAMPIR .......

ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG SUDI BERKUNJUNG KE BLOG SAYA YANG AGAK SEDIKIT SERABUT NI...:)...HEHEHE..

FIRSTLY,SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI INGIN MENYUSUN 10 JARI MEMOHON KEMAAFAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI SEKIRANYA SAYA ADA MELAKUKAN KESALAHAN YANG MENGGURIS HATI ANDA SEMUA...

PADA 21-11-2011,MAKA BERMULALAH PERJUANGAN YANG TERBESAR DALAM HIDUP SAYA IAITU PEPERIKSAAN STPM 2011 YANG AKAN BERMULA PADA 21-11-2011 SEHINGGA 15-12-2011.PADA SAYA,PEPERIKSAAN INI AMAT PENTING KERANA SELAIN SPM,STPM JUGA MERUPAKAN PEPERIKSAAN YANG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN SAYA DALAM BIDANG PEKERJAAN YANG AKAN SAYA TEMPUHI.

SAYA CUMA BERHARAP AGAR SAYA DAPAT MENCAPAI SASARAN YANG TELAH SAYA SASARKAN IAITU 3.0,WALAUPUN SASARAN SEKOLAH PADA SAYA HANYA 2.6 POINTER SAHAJA.INSYAALLAH,SEKIRANYA DIIZINKAN ALLAH,DENGAN BERKAT USAHA YANG TELAH SAYA USAHA SELAMA INI AKAN MEMBUAHKAN HASIL DAN SEKALI GUS DAPAT MENJEJAKKAN KAKI KE MENARA GADING UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG YANG SAYA MINATI.INSYAALLAH.

SAYA JUGA INGIN MENEBUS KEGAGALAN SAYA DALAM PEPERIKSAAN SPM 2009 YANG KURANG MEMUASKAN.WALAUPUN SAYA DITAWARKAN BELAJAR DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS) DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT,SAYA MASIH INGIN MENERUSKAN PERJUANGAN DALAM PRAUNIVERSITI KERANA STPM MERUPAKAN TIKET UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH.WALAUPUN AGAK RUMIT,YANG KADANG KALA MENYEBABKAN SAYA PUTUS HARAPAN,SAYA TERFIKIR,APAKAH TUJUAN AKU MENYAMBUNG PENGAJIAN DI PRAUNIVERSITI????

DALAM HAL INI,SETELAH MEMIKIRKAN KEMBALI TUJUAN ASAL AKU YANG MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TERUS BERADA DI PRAUNIVERSITI,AKU BANGKIT DAN BERUSAHA WALAUPUN KEKADANG AKU TERLALU MEMAKSA KEPALA AKU BERFIKIR YANG MENYEBABKAN KEKADANG AKU HILANG TUMPUAN DAN TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH KERANA DISERANG MIGRAIN.

DALAM PROGRAM RESTU GURU YANG TELAH BERLANGSUNG PADA HARI KHAMIS YANG LEPAS,IAITU PADA 17 NOVEMBER 2011,TELAH MENIMBULKAN SATU PERASAAN YANG AKU MAHUKAN KEJAYAAN.YA,KEJAYAAN LAH YANG AKU KEJAR.AKU INGIN BERBAKTI DAN MENUNJUKKAN KEMAMPUAN AKU PADA KEDUA IBU BAPA DAN JUGA GURU-GURU AKU YANG SELAMA INI BERHEMPAS PULAS MENGAJAR AKU DAN RAKAN-RAKAN AKU.

SEMASA LAFAZ IKRAR,AKU TURUT BERJANJI YANG AKU INGIN BUKTIKAN BAHAWA AKU JUGA MAMPU SEPERTI RAKAN-RAKAN AKU YANG LAIN.WALAUPUN KADANG KALA AKU MERASA RENDAH DIRI KETIKA DENGAN MEREKA,AKU TERPAKSA MEMBUANG FIKIRAN SEBEGITU KERANA MEREKA JUGA SAMA SEPERTI AKU.CUMA MUNGKIN AKU BELUM MENEMUI KEAYAAN SEBENAR AKU.

DALAM MASA YANG SAMA,SEMASA UPACARA MOHON RESTU GURU,SEPERTI AIRMATA AKU INGIN MENGALIR KELUAR.TETAPI,AKU MENAHAN SUPAYA TIADA YANG PERASAN AKAN PERASAAN YANG AKU RASA PADA KETIKA ITU.AKU MENYEMBUNYIKAN PERASAAN ITU DENGAN GELAK KETAWA.SEMASA BERSALAMAN DENGAN GURU MEMOHON KEAMPUNAN,YA ALLAH..HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU AKAN PERASAAN AKU.INGIN KU MENGALIRKAN AIR MATA,TETAPI,PADA MASA YANG SAMA AKU TAK NAK KERANA AKU RASA MALU.MALU KERANA SEORANG LELAKI MENITISKAN AIR MATA.

TETAPI,PADA AKU,MENITISKAN AIR MATA PADA GURU MERUPAKAN SATU PERKARA YANG MEMBANGGAKAN KERANA PADA AKU,MENITISKAN AIR MATA PADA GURU MERUPAKAN PERKARA YANG INDAH KERANA ITU MEMBUKTIKAN BAHAWA YANG KITA BENAR-BENAR MENGHORMATI DAN MENYANJUNGI SESEORANG GURU.

JADUAL PEPERIKSAAN STPM 2011



TARIKH
WAKTU
KOD
KERTAS
MASA
21 NOVEMBER
(ISNIN)

8.00-11.00 PG

900/2
PENGAJIAN AM 2 (ESEI)

3 JAM
23 NOVEMBER (RABU)

2.00-5.00 PTG

910/2
BAHASA MALAYSIA 2 (ESEI)

3 JAM



24 NOVEMBER (KHAMIS)


8.00-11.00 PG




 
2.00-5.00 PTG


940/1






944/1

SEJARAH 1 (TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800




EKONOMI 1 (MIKROEKONOMI



3 JAM






3 JAM
29 NOVEMBER (SELASA)

8.00-11.00 PG


944/2

EKONOMI 2 (MAKROEKONOMI)

3 JAM


5 DISEMBER (ISNIN)



2.00-5.00 PTG



940/2
SEJARAH 2 (SEJARAH MALAYSIA,ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR,1800-1963



3 JAM
13 DISEMBER (SELASA)
2.00-4.00 PTG
900/1
PENGAJIAN AM 1 (ANEKA PILIHAN)
2 JAM



14 DISEMBER (RABU)

8.00-11.00 PG


2.00-4.00 PTG

966/1



910/1

SAINS SUKAN 1


BAHASA MALAYSIA 1 (ANEKA PILIHAN)


3 JAM



2 JAM
15 DISEMBER (KHAMIS)

8.00-11.00 PG


966/2

SAINS SUKAN 2


3 JAM


PENGAKUAN CALON ..

(WALHAL KENA ANTAR MASA HARI PERTAMA EXAM)


AKHIR KATA,DOAKAN KEJAYAAN SAYA DAN JUGA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN STPM TERUTAMA DI SMK PULAU NYIOR.SEMOGA KITA DAPAT MENGEMBALIKAN KEJAYAAN STPM 2008 LULUS 100% DAN MENGANGKAT SEKOLAH KITA MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN.INSYAALLAH..AMIN…

No comments:

Post a Comment