Followers

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433




ASSALAMUALAIKUM W.B.T, di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM DAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433 kepada semua rakan-rakan blogger, Facebook, Twitter, pelawat dan pembaca blog HANIF TOMOK serta seluruh semua umat Islam disegenap pelusuk dunia. Bermulanya tahun baru bagi umat Islam dengan semangat dan perubahan ke arah yang lebih baik dan sentiasa berada di dalam rahmat NYA. aminn..


Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat istimewa kepada kita sebagai umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam di mana pada tarikh inilah baginda Nabi Muhammad telah berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah iaitu pada tahun 622 Masihi.


Hijrah dalam konteks ini boleh dikembangkan pengertiannya kepada berubah dari satu kedudukan yang normal atau biasa kepada satu kedudukan yang lebih baik.


Sempena menyambut kedatangan tahun baru ini sebagai seorang Muslim kita boleh menyusun strategi baru dalam hidup kita agar menjadi insan yang lebih bertaqwa dalam melaksanakan segala suruhan-Nya.


doa akhir tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


doa awal tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.

Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.

marilah kita memulakan kehidupan yang baru dengan penuh keazaman untuk memperbaiki hubungan kita kepada ALLAH SWT dan juga sekalian saudara seIslam di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment