Followers

Friday, November 4, 2011

KEJERNIHAN AIR MATA


Pagi-pagi kau sudah buat hal untuk menaikkan darah aku. “Kalau aku tahu kau begini,kecil-kecil lagi aku picit pipi kau. Biar mampus!”
Kata-kata Pak Man yang begitu pedih benar-benar menghiris hati dan perasaan Anis. Anis tahu ayahnya bersikap panas baran. Asalkan silap saja,dimaki dan dimarahi seperti melakukan kesalahan yang besar.

Kadangkala Anis berasa benar-benar bosan dengan sikap ayahnya.
“Anis,tolong ambilkan mak daun kari di belakang rumah kita. Kalau tak dimasukkan daun kari ke dalam kari ni tak sedap rasanya,tak wangi. Kalau tak nanti ada pula orang yang nak ‘complain’,” kata emaknya.

“Ha, Manis. Nah! ambil ini coklat kegemaran Manis iaitu Nestle. Dah berhari-hari ayah dengar asyik sebut pasal coklat saja,macam orang kempunan.” Kata ayah kepada Manis sambil matanya menjeling tajam ke arah Anis. “Kalau Manis, si bodoh dungu tu,minta apa saja semuanya dapat,kalau aku jangan mimpi,” bisik hati kecil Anis.

Memang selama ini Anis tidak disenangi ayahnya. Pada ayah, Anis membebankan. Dia sendiri tak tahu apakah puncanya. Bagi ayah, Manislah permata hati dan intan payung ayah. Antara Anis dan Manis,Manislah yang selalu dimanja-manjakan. Hati Anis memberontak.
“Ayah terlalu memilih kasih!” bentak hati kecilnya. “Mak,Anis bukannya budak bodoh, yang tidak tahu menilai antara kaca dan permata. Pernahkah selama ini Anis minta duit dengan mak untuk berseronok dan membelanjakannya untuk beli yang bukan-bukan. Pernahkah mak?” airmata Anis membasahi pipi.

Tiba-tiba ayahnya muncul. “Kalau rasa diri tu dah hebat sangat, carilah duit sendiri. Tak payah nak bergantung kepada aku dan menyusahkan aku. Aku dulu pun,tak mengaji tapi boleh hidup sampai hari ini,” ayah begitu tegas mengatakannya.
“itulah kesilapan ayah. Ayah nak Anis jadi seperti ayah. Kalau ayah jadi peguam atau doktor,bolehlah Anis ikut, tapi kalau setakat mampu membeli beras sekilo,lebih baik tak payah.” Suara Anis meninggi.

Pangggggggg! Anak kurang ajar! Kau ingat selama ini,siapa yang menyara kau? Belajar baru sampai tingkatan lima,dah mula nak tunjuk belang. Esok-esok bila dah dapat kerja,dipijak-pijaknya kepala aku,” jerkah Pak Man.
“ Sudah,sudah. Tak habis-habis  anak-beranak bertengkar. Awak ni pun satu,selalu sangat mengungkit pasal duit mengaji anak-anak.” Kata emaknya.
Anis benar-benar berasa bersalah. Memang kata-katanya kepada ayahnya itu bersifat biadap,tapi hatinya tidak tertahan dengan sikap ayahnya itu. Perkara yang membuatkan Anis geram ialah ayahnya selalu menganggap kesemua tindakannya itu betul.
Anis berasa terhina. Jika benar Anis anak angkat atau anak pungut,salahkah Anis sebagai seorang anak mendapat kasih sayang daripada ayah. Pada malam itu,Anis tidur dengan linangan airmata kecewa. Hatinya hancur berkecai.

Keeseokan harinya,Anis berjumpa dengan teman baiknya. Dhila di tepi padang.
“Anis,kenapa dengan kau ni? Aku tengok kau asyik termenung. Kalau kau ada apa-apa masalah,beritahulah aku. Mungkin aku boleh tolong. Soalan dan percakapan Dhila bagaikan melayang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Anis terdiam tiada respon.
“Dahlah tu. Aku bercadang nak balik cepat,nanti bising pula mak aku tu. Kau bukannya tak tahu perangai mak aku tu. Ok lah. Bye.”

Sebaik sahaja sampai dirumah,Anis melihat motosikal ayahnya berada dibawah rumah.
“Ayah tak bekerja ke hari ni? Bisik hati kecilnya. “Emak,emak....!” panggilan Anis tidak dijawab. Anis terus ke bilik emaknya dan terkejut melihat emaknya sedang menangis. Wajah Anis terus pucat.

“Mak,kenapa mak menangis? Mana ayah? Apa ayah dah buat?soal Anis tanpa henti.
“Ayh masuk hospital,sayang. Kata doktor,penyakit buah pinggang dah mencapai tahap kronik. Kita kena cari penderma,kalau tidak ayah akan....” mak meluahkan segalanya sambil air mata yang berlinangan mengalir membasahi pipi.
Anis terdiam seketika. Tiba-tiba air matanya mengalir laju. Teringat kembali kata-katanya yang biadapnya terhadap ayahnya. “Anis memang anak derhaka. Anak tak guna.” Cetus hatinya.

Keesokkannya,Anis ke hospital berjumpa dengan doktor yang merawat ayahnya. “Adik tidak boleh menjadi penderma walaupun secara fizikalnya adik layak. Banyak risikonya.”nasihat doktor Khairul.

“Tak apalah doktor,mungkin ini kali pertama dan kali terakhir saya membalas jasa ayah. Saya benar-benar merayu kepada doktor,adik yang memerlukan kasih sayang dan perlindungan daripada ayah. Tolonglah doktor.” Anis merayu.

Doktor Khairul tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya mampu melihat dan menggeleng kepala apabila melihat kesungguhan Anis. Apabila mendengar cerita daripada Anis,emak dan Manis benar-benar gembira apabila mengetahui ada penderma yang sanggup mendermakan buah pinggang untuk ayah tetapi Anis sedih walaupun raut wajahnya gembira kerana mereka mungkin tidak dapat bersatu berhimpun satu keluarga disebabkan peluang untuk ayahnya sembuh adalah enam puluh peratus dan peluang untuk dirinya selamat hanya empat puluh peratus.

“Anis,ayah dapat diselamatkan.”beritahu emak kepada Anis. Anis memandang ayahnya dengan penuh harapan.  Namun Pak Man langsung tidak mempedulikan Anis malah menyuruh anaknya itu pulang dengan nada yang tinggi. Air mata Anis kian laju ekoran tindakan ayahnya itu. Pada malam itu,Anis bertekad untuk bertanya kepada emaknya.
“Emak,dengan tulus dan ikhlas Anis nak bertanya kepada mak. Kalau boleh Anis nak mak jawab dengan jujur dan ikhlas kerana perkara ini amat penting buat Anis. Tolonglah mak.”rayu Anis dengan suara yang manja.

“Apa dia Anis? Apa yang Anis nak tahu sangat?soal mak.
“Siapa Anis sebenarnya? Kenapa ayah benci sangat dekat Anis? Kenapa mak?” soal Anis.
“Sebenarnya Anis bukan anak mak. Mak Anis yang sebenar dah meninggal dunia semasa melahirkan Anis dahulu.”mak meluahkan segalanya.

“Jadi ayah menyalahkan Anis atas kematian mak?” Anis cepat membuat kesimpulan.
Emak mengangguk perlahan lalu bangun meninggalkan Anis yang menangis sendirian. Walau bagaimanapun,Anis berpuas hati setelah mengetahui perkara yang sebenarnya. Pada malam itu,Anis tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan hal pembedahan yang bakal dilaluinya dua hari lagi.

Kini,hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Anis kelihatan tenang semasa dibawa masuk ke dewan bedah. Anis berharap sangat agar pembedahan ini selamat dan berharap dapat berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan buat kali terakhir.
“Agaknya, Dhila ada di luar,”bisik hati kecil Anis. Dhilalah satu-satunya kawan baik Anis.

Lapan jam kedua-duanya berada di dalam bilik pembedahan. Tiba-tiba Anis terasa tangannya disentuh.
“Dhila.” Suara Anis lemah.
Anis tersenyum melihat kehadiran Khai, Siti dan Mastura serta Azim,teman baiknya semasa di sekolah.
“Kau dah tengok ayah aku?” tanya Anis lemah.
“Dah” Dhila mengangguk.
“Ayah kau sihat” sambung Khai.
Anis tersenyum pilu.

“Ila,kau ingat tak? Kita berenam selalu menyanyi bersama-sama di dalam kelas. Hari ini aku nak minta kamu semua menyanyi lagu bertajuk “ Keluarga Bahagia”. Boleh tak?” pinta Anis dengan penuh harapan. Dhila mengangguk perlahan sambil mengesat air matanya membasahi pipinya.

“Sedamai taman firdausi,
Limpahan kasih sayang sejati,
Seharum semerbak kasturi,
Mengharumi hidup insani,
Indahnya damainya keluarga
Yang bahagia,
Itulah idaman impian...........”

Anis! Anis! Anis! Dhila memanggil kuat nama sahabatnya dengan mengalirkan airmatanya. Tanpa disedari,empat temannya yang lain turut mengalirkan airmata.
“Innalillah...” ucap Khai dengan perlahan.

Diluar bilik wad, Doktor Khairul hanya mampu memandang dengan wajah yang sayu. “Anis  Sophiliea” nama yang indah tetapi tidak seindah hidupnya di dunia.
Dhila menuju ke wad ayah Anis dengan penuh perasaan hiba.

“Mak cik,Pak Cik. Ini ada sepucuk surat untuk Pak Cik dan Mak Cik.” Dhila berlalu pergi sejurus sahaja menyerahkan surat tersebut.
“Anis!” itulah jeritan yang kedengaran dari mulut Pak Man sendiri. Emak Anis tidak dapat menahan kesedihan yang teramat sangat kerana kehilangan seorang anak. Walaupun Anis amat dibencinya,namun anaknya itu sentiasa berada disampingnya diibaratkan air dicincang takkan putus. Anis Sophiliea sentiasa hidup dalam dirinya.







No comments:

Post a Comment